Khamis, 8 September 2011

Resepi Hati Ayam Masak Lada

Resepi Hati Ayam Masak Lada


Bahan2:


Bawang merah
Bawang putih
Serbuk lada hitam
Cili giling
Hati Ayam


Cara Penyediaan:


1. Goreng bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau..
2. Masukkan hati ayam
3. Masukkan serbuk lada hitam
4. Perasakan..


dan hasilnya....


Resepi Kobis dan Kentang~

Resepi kobis dan kentang


Bahan2:


Bawang merah
Bawang putih
Kobis
Kentang
Bahan perasa


Cara Penyediaan:


1. Goreng kentang yang telah dipotong kecil..kemudian, ketepikan.
2. Goreng bawang merah, bawang putih..sehingga naik bau..
3. Masukkan kentang dan kobis.. masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering..
4. Perasakan..


dan hasilnya....


Sotong Masak Masam Manis

Resepi Sotong Masak Masam Manis


Bahan2:


Sotong
bawang merah
bawang putih
cili giling
serbuk lada hitam
sos tomato
sos cili
bahan perasa


Cara penyediaan:


1. Goreng bawang merah, bawang putih, cili giling..
2. Masukkan sotong, serbuk lada hitam.
3. Masukkan serbuk lada hitam, sos cili, sos tomato dan perasakan..


siap utk dihidangkan..


taraaaaaa...


Rabu, 7 September 2011

Menu Lunch aku..~ Tomyam dan Nudget~

Bahan2:


Ayam/udang/sotong
bawang merah
bawang putih
cili api
serai (diketuk)
tomato/lobak/kobis bunga
daun limau purut
pes tomyam


Cara penyediaan:


1. tumis bawang merah, bawang putih, cili api, serai dan daun limau purut..
2. masukkan air, masukkan pes tomyam selepas air mendidih.
3. masukkan ayam/udang/sotong..
4. masukkan tomato/lobak/kobis bunga..
5. masukkan bahan perasa..


dan hasilnya...


Tomyam yg paling simple dari aku.. hehe




simple je kan.. tapi kuah aku nmpak cair sikit..haha.. al maklumlah dah lewat nak g kerja..  ngeee~


pastu aku goreng jerk nudget..

Isnin, 23 Mei 2011

Sambal Ikan Bilis

Bahan2:

Ikan bilis
Bawang besar (dipotong bulat)
Cili Giling
Air Asam Jawa-sedikit
Sedikit Belacan

Cara penyediaan:

-Goreng ikan bilis hingga garing-ketepikan selepas menggoreng
-Goreng cili giling hingga masak
-Masukkan belacan dan air asam jawa yg telah digaul bersama.
-Masukkan bahan perasa dan ikan bilis.
-Masukkan bawang besar. Gaul.

Ayam Masak Cili Api

Bahan2: 

Ayam
Santan (1/2 biji kelapa) atau santan kotak
Cili padi 12biji + bawang merah + bawang putih (ditumbuk/blender)
Serai (dititik)
Daun kesum
Sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

- Masukkan sedikit minyak, goreng bahan yg ditumbuk td..sehingga naik bau.. 
- Masukkan serai..
- Masukkan santan..
- Masukkan ayam..
- Masukkan serbuk kunyit, bahan perasa dan daun kesum..
- Kacau sehingga mendidih.


Pegedil Ayam/Daging

Bahan2:


Ayam-direbus (disiat2/hancur)
Kentang-direbus
Bawang putih & bawang merah (dicincang halus)
Bahan perasa
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang (dicincang halus)
Telur-utk dicelup


Cara penyediaan:


- Lenyekkan kentang, masukkan ayam,bawang putih,bwg merah,bawang goreng, daun sup,daun bawang serta bahan perasa.. Gaulkan.
- Bentukkan pegedil.. dan celup didalam telur..
- Goreng sehingga kekuningan..