Selasa, 19 April 2011

Tempoyak petai/udang/ikan bilis

ermm resepi ni boleh diubah ikut selera masing2 yerk..

udang / petai / ikan bilis
3 sudu besar tempoyak
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
1/2 cawan santan pekat
daun kunyit (potong kecik2 ye)
garam, gula, sedikit serbuk kunyit

cara penyediaan:
1. tumbuk atau blender cili padi dan bawang besar
2. tumis bahan yg dikisar tadi..
3. masukkan tempoyak, serbuk kunyit dan santan.
4. masak dengan api yg perlahan.
5. masukkan petai/udang/ikan bilis dan daun kunyit..
6. perasakan..

Isnin, 11 April 2011

Ikan tenggiri masak kicap

Bahan:
Ikan tenggiri
Kicap
Cili Giling (utk mereka yg sukakan masakan pedas)
Bawang besar
Cili merah
Air
Air bancuhan tepung jagung (utk pekatkan kuah)
Bahan perasa

Cara penyediaan: 

1. Goreng sedikit cili giling sehingga masak.. masukkan kicap dan air secukupnya..
2. Masukkan Ikan.
3. Masukkan bawang besar dan cili merah.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung..
5. Perasakan..



hehe..ringkas je kan... 

Isnin, 4 April 2011

Kari Ayam~

Bahan-bahan

Ayam
serbuk kari
santan
sedikit cili giling 
kentang
sedikit halia
bahan perasa


Cara penyediaan: 
1. panaskan minyak, goreng cili giling..
2. masukkan bancuhan serbuk kari beserta halia..
3. masukkan santan cair..
4. masukkan ayam & kentang.. masak biar empuk..
5. masukkan santan pekat
6. masukkan bahan perasa..

siap utk dihidangkan..



ni laa resepi ringkas saya.. yg sentiasa mengejar masa sblm pergi kerja~ hehe 

fruit tart, blueberry cheese tart & egg tart.. yummmyyyy~

nampak sedap je kan..ngee.. mmg sedap pown...