Rabu, 9 Mac 2011

Sambal Ayam Madu

Bahan:
Ayam Goreng
Cili Giling+bawang merah+bawang putih
kulit kayu manis
serai (diketuk)
Tumisan ayam madu (maggi)

Cara penyediaan:
1. goreng cili giling bersama bawang merah dan bawang putih
2. masukkan serai dan kulit kayu manis
3. masukkan tumisan ayam madu maggi
4. masukkan ayam yang telah digoreng.

simple jer kan.. hehe~



*yg ni tumisan ayam madu maggi.. bleh arr g cari kat pasar raya~ hehe

Jumaat, 4 Mac 2011

Murtabak Maggi

Bahan-Bahan:

Maggi Kari 1 bungkus
Telur 2 biji
ayam cincang/daging cincang
sedikit serbuk perasa
Bawang merah

Cara penyediaan:
Rendam maggi terlebih dahulu
Telur,serbuk perasa kari maggi,sedikit perasa, bawang merah dan ayam cincang digaul..
kemudian masukkan maggi..
Panaskan kuali dengan sedikit minyak..
masukkan maggi yg digaul tadi ke dalam kuali..
*lebih sedap dimakan dengan ranggup..

Khamis, 3 Mac 2011

makaroni bakar~

Bahan-Bahan:

Ayam Cincang/ Daging Cincang
Makaroni
Halia
Bawang Merah
Sedikit Serbuk Kunyit
Susu UHT 1 Tin
Keju Parut
3 Biji Telur
Garam

Cara Memasak:
Rebus makaroni terlebih dahulu (masukkan sedikit minyak atau majerin supaya tidak melekat)
Gaulkan ayam atau daging beserta dengan serbuk kunyit
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan halia sehingga naik bau..
Masukkan ayam/daging..biar empuk.. masukkan garam..
Sediakan loyang pembakar..
Blenderkan susu UHT dan 3 biji telur.. kemudian masukkan ke dalam loyang pembakar..
Kemudian masukkan makaroni tadi beserta dengan ayam/daging..gaulkan supaya rata..
Taburkan keju parut ke dalam loyang..
Masukkan ke dalam Oven..
Taraaaaaa~

Rabu, 2 Mac 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:
Ikan Tenggiri
Cili Giling+bawang merah+bawang putih
Daun Kesum
Sedikit Belacan
Air asam Jawa
Sedikit serbuk kunyit
Perasa/garam

Cara Memasak:
Goreng cili giling sehingga masak
Masukkan sedikit serbuk kunyit
Masukkan bancuhan belacan
Masukkan air asam jawa
Masukkan ikan tenggiri
Masukkan daun kesum
Masukkan bahan perasa

Dah siap...sila hidangkan..ngeee~